• Profile photo of Pejuang

      Pejuang posted an update

      4 months ago

      BERMULA 1 NOVEMBER – PERATURAN BARU SC DAH KUAT KUASA
      Ramai tak sedar…
      Sekarang, sesiapa yang beri nasihat pelaburan atau mempromosikan produk pasaran modal (capital market) WAJIB BERLESEN di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC).
      Kalau tak berlesen tapi tetap bagi β€œnasihat pelaburan”, β€œsignal”, β€œstock pick”, β€œjamin untung”, β€œkelas pelaburan”, atau β€œpromosi skim pelaburan”…
      Undang-undang menyatakan hukuman boleh cecah:
      Denda sehingga RM10,000,000
      Penjara sehingga 10 tahun
      Atau kedua-duanya sekali
      Kenapa benda ni penting untuk kita sebagai pelabur?
      Sebab sekarang terlalu ramai:
      ❌ β€œGuru saham” tiba-tiba muncul
      ❌ Signal group yang janjikan profit
      ❌ Skim konon β€˜dibimbing pakar’
      ❌ Influencer sembang pelaburan tanpa lesen
      Ramai nampak meyakinkan… tapi belum tentu sah dan selamat.
      Sebelum percaya sesiapa, tanya 3 benda ni:
      1️⃣ Ada lesen SC? (CMSRL / CMSL)
      2️⃣ Boleh tunjuk nombor pendaftaran?
      3️⃣ Boleh semak dalam public register SC?
      Kalau dia mula bagi alasan… itu red flag 🚩
      Duit kita bukan untuk jadi eksperimen orang lain.
      Bila kena scam atau rugi sebab ikut nasihat pihak tak berlesen, SC tak boleh lindungi pelabur sebab ia aktiviti luar kawal selia.
      So, jangan mudah terpedaya dengan janji manis atau β€œconfirm untung”.
      Nak bagi nasihat pelaburan β†’ MESTI BERLESEN.
      Nak belajar β†’ Pilih yang sah & berdaftar.
      Nak melabur β†’ Utamakan keselamatan, bukan emosi.