-
“Kami cenderung untuk menyatakan bahawa mempercayai ramalan nombor, money magnet, amalan βcium duitβ, sifat seseorang melalui tarikh atau nombor tertentu melalui ilmu numerologi adalah berdosa di sisi Islam. Begitu juga tidak ada nombor-nombor tertentu yang memberi aura berbeza sebagaimana yang dinyatakan oleh segelintir masyarakat kita dalam program-program motivasi.
Dalam masa yang sama, larangan ini juga dimasukkan dalam Garis Panduan Program Motivasi Berunsur Islam yang dikeluarkan oleh JAKIM iaitu: Tidak menggunakan apa jua bentuk atau kaedah yang mempunyai unsur-unsur meramal nasib atau masa hadapan seperti kaedah numerologi, rahsia tarikh lahir, matrix code, rahsia abjad, rahsia tahi lalat,rahsia tulisan tangan, ilmu astrologi dan seumpama dengannya.
Semoga kita menginsafi akan kepentingan menjaga aqidah dan lebih berhati-hati ketika melibatkan diri dalam apa-apa program training dan motivasi.”
muftiwp.gov.my
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan - AL-AFKAR #12: PERCAYA RAMALAN BERDASARKAN NOMBOR, TARIKH LAHIR MELALUI ILMU METAFIZIK
Lankola688, nur aidah and 6 others4 Comments